Takrif Pendapatan (Al-Mustafad)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan,
bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan
sama ada secara tetap atau sekali sekali.
Dalil Wajib Zakat
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami
keluarkan dari bumi untuk kamu.”
Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu
wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai
satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah
(zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai
harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu
bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda
bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi,
“Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan
kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tunaikanlah zakat harta kamu”.
(Riwayat at-Tirmizi)
Kalimah ‘am-wa-lakum’ yang digunakan dalam hadis di atas
memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta..
Jenis-Jenis Harta Pendapatan
Ulama’ mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga
jenis seperti berikut ;
Penggajian dan Upah Kerja
Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan
sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha
atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat,
selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.
Contoh :
- Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti,
pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan
sahan pekerja) dan sebagainya.
Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau
penggajian.
Zakat Harta Kerja Bebas
Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti,
komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja
bebas atau perkhidmatan profesional.
Contoh :
- Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti
peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan
keuntungan projek bermusim.
- Komisyen dan residual income – pendapatan dari jualan
insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl
penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
Zakat Harta al-Mustaghallat
Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak
diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan
hasilnya.
Contoh :
- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan
dan sebagainya.
- Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau
sebagainya.
- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti
susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
Tolakan Zakat Dan Keperluan Asasi (Had Kifayah)
Fuhaqa’ berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang
sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Dalil:
Firman Allah s.w.t:
“Dan mereka bertanya kepada kamu ” apakah yang mereka akan
belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu).”
Surah al-Baqarah (ayat 219)
Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti
ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa,
adik beradik dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah
orang yang ditanggungnya”.
(sunan Abu Daud)
Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had
al-Kafayah adalah seperti berikut :
1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan
No comments:
Post a Comment
Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ