Kejadian ini berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan
namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan
damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji
keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan
raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk
di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan
jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing
menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan
lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula
berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin
dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul
lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang
dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu
dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan
gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi
perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.
Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan
soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.
Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku
dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari
bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha
illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul
kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada
dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan
lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan
enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala
kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan
pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan
menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan
bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian
ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati
dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan
tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka
diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia
gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun
bercerita...
"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang
sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi
hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi
dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia
tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."
"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing
hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia
ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot
hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam
pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun
mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah
sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak
lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar
dan dihina, Islam akan tetap terbela. Sekian……
No comments:
Post a Comment
Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ