Wednesday 18 April 2012

"maafkan Nisa"...Abang!


" Aduh....sakitnye...isk..... aduuh....Bang sakit
nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya
Zakri.
" Apelah awak nie....lama sangat nak besalin
dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat
dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak
tu banyak dosa la tu"
rungut Zakri pada Nisa.
Nisa hanya diam dan
menahan sakit nak
beranak, hampir 1½ jam
Nisa dalam bilik bersalin
tapi baby tak keluar juga.
Sebak hati Nisa bila
Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada
sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya.
Jururawat datang memeriksa dan
kemudian bergegas memanggil Doktor
Johari...Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang
dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan
sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan
disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri
tadi.


Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...
"Come on Nisa u can do it...one more...."
Kata ransang Doktor Johari itu
membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran
sahaja kepala baby sudah keluar...
"Good mummy" kata Doktor Johari selepas
menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa
terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali
kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar
rupanya.
"Nisa u got twin, boy and girl, putih macam
mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri,it's a twin"
Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah
menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar
pulak . Memang Doktor Johari itu menyuruhnya
melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.
Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial
dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih
lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat
Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja.
Nisa tahu kalau ngadu pada emak, Nisa
akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan
memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan
dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa
berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan
Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang
kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan
kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada
sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukanbukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk
akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak
sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan
pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung
Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua
kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada
Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam
kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga
bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2
bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik
rumah dalam kesedihan.
Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi.
Perasaan hati Nisa
bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada
Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan
yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak
macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik
nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?" soal Nisa
pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk
baik pulak" Zakri menempelak Nisa.
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"
sergah Zakri lagi.
"Abang syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa
Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang
yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang
lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik
cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" .
Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk
badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan
Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir
tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat
tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin
laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri,
suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa,
kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak
ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi
tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu
kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu,
Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau
pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat
bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya
yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu
arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya
bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram,
hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal
usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan
berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari
kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata
Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung
saya walaupun saya tak penah tengok muka ayah
dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia" ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa
mengikut Zakri ketempat kerjanya apabila habis
waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri
bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat
membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau
Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri
sehingga pukul 10.30 malam sehingga habis Pusat
membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga
lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana
tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan
keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan
juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput
Nisa ditempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada
waktu bersalin . Kalau diminta jemput...macammacam
kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang
lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana
Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang
Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba
naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun
la, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi
isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih
mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut
dimarahi pula...bila Nisa balik kerumah mereka
berdua akan berlakun yang mereka tidak
bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu
menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan
mereka. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu
Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi
emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah
telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan gara-gara
Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin
mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak
Nisa dah seminggu pergi kesana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti
bahaya,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita
pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka,
ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras
kan" kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton.
"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula
gelap, takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa.
"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu
ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke
tak pegi langsung ker" marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi,
tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan
Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri
datang pada Nisa dan rentapnya rambut Nisa dan
di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak
dapat buat apa.
YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula
membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.
"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku dari
bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya.
Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa
rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih
lagi dan membengkak... berdenyut2...
"Bang Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri
sambil teresak-esak.

Treet, Treet, Treet, Treet....bunyi
handphone Zakri.
"Sapa plak nie sebok je...." Rungut Zakri
yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan
di salah sebuah café.
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi
jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan,
kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan
tanggung berak cangkung,ha,ha,ha" gelak Zakri
dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau
langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan.
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin
aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan
kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari
darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan
mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin,
selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa
aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kaulah, tapi kalau ader apa-apa
nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah
nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone
Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini,
"Ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan
diri........." panggilan kecemasan dari Doktor Johari.
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."
ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat" tanya
Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa,
Nisa mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum nie pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.
Mungkin kesan dah lama ?" tanya Doktor Johari
dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak
Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut
Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak
pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak
kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk
...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat
sakit untuk minta simpati...tetapi
sebaliknya.....Zakri hanya diam....

"YA ALLAH apa aku dah buat" Zaki rasa
bersalah membuat dirinya terasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa, kerana
Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi
susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat
sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke
Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia
sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa
telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan
terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya.
I'm really sorry Zakri. ALLAH
berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya"
kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri
sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka
setiap lembaran diari Nisa,
Setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan
peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari ,
Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,
kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap
peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri
terhadap Nisa...

"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"
terdetik hati Zakri selepas membaca tiap
lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri
muka surat akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah
kering...membuat Zakri tertarik untuk
membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I
LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANGTAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.… Abang, Ingat tak bunga
Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu
mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu
Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan
Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang
bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan...
Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin
sangat dengar Abang panggil
Nisa AYANG seperti kita baru
kahwin...Abang panggil Nisa
AYANG...terasa diri dimanja
bila Abang panggil Nisa cam
tu...walaupun Nisa dapat
merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah
banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk
Nisa lagi.
Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.
Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa
hadiahkan Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang
Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada
Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk
menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga
Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali
sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan
mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa
mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan
mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin
mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan
sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa
dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa ini cuma menumpang kasih
disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil
hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensiasiakan
kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka
mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari
darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana
dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa
ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita
dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat
DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan
minum Nisa selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial
dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak
menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa
dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah
emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa
nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk
kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan
mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk
perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang
masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk
Abang dan semua. Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa.
Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan
Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.
" YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa". Zakri
longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa
jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang
gambar itu tertulis "HARI YANG PALING
GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN
SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI
TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN
AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN
KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT
NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta
penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri
seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
Maafkan Nisa’.. Abang!!

perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti
terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...
"kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya
aku...Nisa,... Nisa,....Nisa maafkan Abang Nisa".
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah
suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih
atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu
tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di
dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk
melihat jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa
tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali
terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti
wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil
menangis dengan berjuta penyesalan menimpa
dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu
mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri
ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.
Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat
oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang
mengiringinya termasuklah kembar bersama.
Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah
kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka
yang melahirkan
mereka. Amat sedih
ketika itu. Zakri
tidak mampu berkata
apa-apa melainkan
menangisi pemergian
Nisa yang selama ini
merana atas
perbuatannya. Dan
akhirnya Jenazah
Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang
ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya
tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata
dengan jutaan penyesalan ...
"YA ALLAH , kuatkan hambamu ini"
"YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH"....
Akhirnya Zakri terlelap disisi pusara
Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang
mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk
Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa
tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka
Nisa putih bersih.
"Nisa, Nisa,Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaa!!!!!".

Zakri terjaga dari lenanya.Terngiangngiang
suara kembar menangis.
"YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri...dah
hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur
kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar
Zakri.
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar
mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri
berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusapusap
ubun-ubun anak kembar dan secara tiba -tiba
kembarnya diam dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah
daging ayah...". Emak, abang dan kakak ipar Zakri
tersedu hiba dan mereka berlalu lemah
meninggalkan pusara Nisa...
sekian.

(dipetik dari www.bukitbesi.net)

1 comment:

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ