Saturday 21 April 2012

Sabar..


Firman Allah yang bermaksud;

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Lagi Firman Allah Azza wa Jalla;

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155).

Dalam Surah Al-‘Asr Allah berfirman:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

وَالْعَصْرِ 
(Demi masa).

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 
(Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian),

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
(Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran).

Nabi Muhammad SAW pernah memberi wasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada hari perkahwinan Saidina Ali dengan Fatimah anak perempuan Rasulullah. Salah satu daripada 13 wasiat Rasulullah kepada Ali adalah memintanya untuk sentiasa bersabar ketika mendepani perasaan amarah. Sabda Muhammad Rasulullah:
"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran."

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ