Sunday 8 April 2012

Perempuan-perempuan yang HARAM dikahwini (2)


Haram kerana perkahwinan

1.    Isteri bapa ( ibu tiri ). Haram juga mengahwini isteri datuk ( nenek tiri ) sebelah bapa dan isteri datuk sebelah ibu. Mereka diistilahkan sebagai isteri-isteri usul manusia. Mereka haram dikahwini selama-lamanya.
Firman Allah :
وَلا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلا[1]
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh).”


2.    Isteri anak ( menantu ), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki dan isteri cucu lelaki sebelah ibu. Mereka diistilahkan sebagai isteri-isteri furu’ yang lain. Mereka haram dikahwini sama sekali.

وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ[2]
“ Dan ( haram juga kamu berkahwin dengan ) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. )


Bekas isteri anak angkat tidak termasuk dalam firman Allah yang bermaksud: “ yang berasal dari  benih kamu”. Orang-orang dizaman jahiliah mengambl anak angkat ( dengan men jadikan sebagai anak sendiri ) dan mengharamkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkat mereka.  Islam telah membatalkan pengambilan anak angkat dan menghalalkan bapa angkat  berkahwin dengan bekas isteri anak angkat mereka. Firman Allah Taala:

وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ[3]

Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).”

3.    Ibu mertua. Seorang lelaki tidak harus berkahwin dengan ibu mertuanya.
Firman Allah taala:

وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
“ Dan  ( haram dikahwini ) ibu-ibu kamu. “ ( an-nisa’ ; 23 )

Haram juga dikahwini semua isteri datuk moyang dan seterusnya.

·         Ketiga-tiga golongan diatas haram dikahwini sebaik sahaja berlangsung akad nikah, sama ada berlaku pesetubuhan selepas akad nikah atau tidak. Sekiranya akad nikah dengan salah seorang daripada golongan tersebut dilangsungkan , akadnya adalah terbatal.

4.    Anak perempuan kepada isteri ( anak tiri ). Anak tersebut diharamkan berkahwin dengan bapa tiri selepas bapa tiri bersetubuh dengan ibunya.
Firman Allah Taala :


وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ

“ Dan anak-anak tiri yang dalam jagaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri ( setubuhi ), tetapi kalau kamu belum campuri mereka ( isteri-isteri kamu ) itu (dan kamu telah menceraikan mereka ), maka tidaklah salah kamu kahwin dengannya ( anak-anak tiri mu ).”  ( an-nisa’: 23 )

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ