Monday 9 April 2012

Perempuan-perempuan yang HARAM dikahwini (3)


Haram kerana susuan

 Terdapat tujuh golongan wanita yang diharamkan berkahwin kerana susuan. Al-quran  hanya menyebut dua golongan sahaja. Bakinya disebut oleh nabi Muhammad s.a.w di dalam hadis-hadisnya. Tujuh golongan itu adalah:

1.    Ibu susuan.  Iaitu ibu yang menyusukan kamu. Turut diharamkan ialah ibu kepada ibu ( nenek ) susuan, nenek kepada ibu susuan sebelah ibu dan nenek kepada ibu susuan sebelah bapa . Tidak harus mengahwini salah seorang daripada golongan tersebut.
2.    Adik beradik perempuan susuan. Iaitu perempuan yang menyusu dengan ibu kamu atau kamu menyusu dengan ibunya atau kamu dan dia menyusukan dengan perempuan yang sama.


Pengharaman berkahwin dengan ibu dan adik-beradik perempuan susuan adalah berpandukan firman Allah:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ
 
“ Dan diharamkan kamu berkahwin dengan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu ( adik-beradik ) yang sesusu.” ( an-nisa’; 23 )

"يحرم من الرضاع مايحرم من النسب"

“Diharamkan kerana hubungan susuan apa yang diharamkan kerana hubungan nasab”

 Imam Syafi’i  berkata: Jika seorang lelaki berbuat zina dengan seorang perempuan,maka perempuan tersebut tidak diharamkan untuk dinikahi oleh lelaki tersebut dan tidak haram juga dinikahi oleh anaknya mahupun ayahnya.Demikian juga jika seseorang berzina dengan ibu isterinya(mertua) atau anak isterinya (anak tiri),maka isterinya tidak haram baginya.Demikian juga jika seseorang berzina dengan saudara perempuan isterinya (ipar),tidak haram baginya isterinya,lantaran hal ini tidak dinamakan mengumpulkan dua perempuan bersaudara.

               Imam Syafi’i  berkata: Jika diharamkan lantaran susuan apa yang diharamkan lantaran nasab, maka tidak halal bagi seseorang untuk menikahi anak-anak perempuan keturunan ibu yang menyusuinya, serta cucu-cucu perempuan ibu tersebut, sama ada dari anaknya yang lelaki mahupun perempuan sekalipun nasab mereka telah jauh ke bawah. Diharamkan juga bagi lelaki tadi menikahi saudara-saudara perempuan yang menyusuinya, lantaran mereka tergolong mak saudara-mak saudara; dan di atasnya menikahi mak saudara-mak saudara perempuan yang menyusuinya, sama ada dari pihak ayah mahupun ibu, kerana mereka menepati kedudukan sebagai mak saudara-mak saudara ibunya.

               Imam Syafi’i  berkata: Persusuan adalah kata umum yang mencakup sekali hisapan atau lebih sampai mencapai persusuan yang sempurna selama dua tahun, dan mencakup juga setiap penyusuan meski telah lewat dari dua tahun.

Rasulullah menjelaskan perkara tersebut dengan sabdanya:

إن الرضاعة تحرم ما يحرم من الولادة

“ sesungguhnya penyusuan itu mengharamkan apa yang diharamkan oleh kelahiran”

“ ibnu abbas r.a berkata: Nabi s.a.w. bersabda kepada anak perempuan Hamzah r.a.: ‘ Dia tidak halal bagiku. Diharamkan disebabkan susuan apa yang diharamkan disebabkan keturunan. Dia adalah anak saudara perempuan saudara susuanku.”

Begitu juga dengan sorang perempuan, dia diharamkan berkahwin dengan bapa susuan , anak susuan, adik-beradik susuan, anak saudara susuan, adik-beradik susuan bapanya dan adik-beradik susuan ibunya.

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ