Sunday 8 April 2012

Perempuan-perempuan yang HARAM dikahwini (1)


Haram selama-lamanya:

Haram selama-lamanya ialah perempuan yang diharamkan kahwini selama-lamanya oleh seseorang lelaki untuk selama-lamanya, walaubagaimanapun keadaan dan ketika.

Sebab pengharaman selama-lamanya :

Haram untuk selama-lamanya disebabkan tiga faktor :
1.    Hubungan keturunan ( nasab )
2.    Hubungan perkahwinan.
3.    Faktor penyusuan.



Haram kerana hubungan keturunan ( nasab ) boleh dibahagikan kepada tujuh golongan yang utama iaitu :

1.    Ibu, nenek, sebelah ibu dan nenek sebelah bapa. Golongan ini diistilahkan sebagai usul  manusia ( kerana dianggap sebagai asal kepada seseorang manusia ). Tidak boleh dikahwini salah seorang daripada golongan ini.
2.    Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki dan cucu perempuan dari nanak perempuan. Golongan ini diistilahkan kepada furu’ manusia ( kerana dianggap sebagai cabang kepada keturunan manusia). Mereka juga haram dikahwini.
3.    Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ ibu bapa( kerana dianggap sebagai cabang dari ibu bapa ). Meraka haram dikahwini selama-lamanya.
4.    Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa, atau sebapa atau seibu.
5.    Anak permpuan kepada adik-beradik perempuan yang seibu sebapa, seibu atau seibu.
6.    Ibu saudara sebelah bapa iaitu adik beradik perempuan kepada bapa. Begitu juga ibu saudara sebelah bapa sebapa dan ibu saudara sebelah bapa seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah bapa. Mereka haram dikahwini selama-lamanya.
7.    Ibu saudara sebelah ibu iaitu adik-beradik perempuan kepada ibu. Begitu juga ibu saudara sebelah ibu dan ibu saudara sebelah ibu sebapa. Golongan ini diiistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah ibu. Mereka yang haram dikahwini selamanya.

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ