Thursday 26 July 2012

KEBAIKAN PUASA DARI SUDUT PERUBATAN



Awet muda dan memanjangkan usia

Hormon pertumbuhan, sejenis hormon antipenuaan didapati dirembeskan
dengan banyaknya ketika berpuasa.

Selain itu, fenomena ini dikatakan juga berpunca daripada proses 
pembentukan sintesis protein yang lebih efektif, ketahanan badan 
yang lebih baik serta kadar metabolik yang lebih rendah.

Kajian pada haiwan menunjukkan, puasa dapat memanjangkan usia, 
memperlahankan kadar penurunan fungsi badan dan mengurangkan 
insiden penyakit tua.

``Bagi sesiapa yang mahu awet muda serta hidup lebih lama, 
bolehlah berpuasa selalu.

``Jika anda perasan, orang-orang alim atau kiai kebanyakannya 
mempunyai wajah yang lebih berseri, tampak awet muda dan panjang usianya,

Mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis

Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol dan gula.

Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis (sejenis penyakit 
pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding 
dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat).

Keadaan ini terutamanya berlaku di kalangan pesakit diabetes.

Solat tarawih memetabolismekan makanan

``Cantik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat 
tarawih pada sebelah malamnya.

``Ia membantu memetabolismekan (memproses) makanan yang dimakan 
ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori),'' 
kata Dr. Fazilah.

Di samping itu, ia juga bertindak sebagai satu cara senaman yang 
ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan 
aliran darah).

Mendisiplinkan diri agar berhenti merokok

Ramadan merupakan bulan untuk melatih diri menjadi insan yang lebih 
bertakwa. Ganjaran pengampunan dan banyak ibadah dapat dijalankan 
sebagai deposit pahala.

``Ia boleh juga digunakan untuk kita melatih diri meninggalkan amalan 
yang kurang baik seperti mengurangkan nikotin yang berbahaya di dalam 
tubuh perokok.

``Ketika siang hari, perokok boleh meninggalkan rokok kerana terpaksa 
berpuasa manakala pada malam hari, perokok boleh meninggalkan rokok 
kerana takut akan kemudaratan kesihatan seperti penyakit kanser paru-paru, 
sakit jantung dan penyakit sekatan pernafasan,'' katanya.

Namun, Dr. Fazilah secara peribadinya berpendapat: ``Merokok atau tak nak 
merokok ini sebenarnya lebih kepada soal hati. Kalau turun ubat dari syurga 
sekalipun, kalau mereka tak mahu berhenti, tak mahu juga.''

Ketenangan mental

Dari segi kesihatan mental, di bulan Ramadan ini, umat manusia berasa 
lebih tenang.

Ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih
 bertumpu kepada menunaikan ibadah, sekali gus mengurangkan kes-kes
 jenayah.

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ