Thursday 29 March 2012

renungan sesaat di kaki lima.....



terdetik seketika ; -
ADAB : Hilangnya Tiada Keberkatan

                       Adab dan ilmu satu perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain sepertimana seseorang itu memiliki cinta.Tidak dinafikan , terdapat segilintir pelajar yang diketagorikan sebagai “nakal”  dalam melayari kehidupan sebagai seorang pelajar tika dalam menuntut ilmu.Perkataan tentang adab, pastinya  menuntut kesopanan dan kesusilaan yang tinggi bagi mencari keberkatan.Semestinya pelajar perlu lebih beradab untuk mencari “cahaya” dengan adatnya.

                   Kita sering didendangkan adab pelajar dengan guru, seperti disenaraikan ialah menghormati guru, tidak meninggikan suara tika bertutur, serta tidak merosakkan harta benda sekolah termasuk kerusi meja sekalipun ia diperbuat daripada kayu, buluh, besi ataupun seperti meja batu.Tetapi persoalannya adakah guru juga perlu  mempunyai adab dalam memastikan ilmu yang dicurahkan itu berkesan? ? . .menurut Ibn ‘Aqnin dalam Rosenthal antara ciri guru yang baik adalah memberi layanan kepada pelajar seolah-olah anak2 mereka serta brlemah lembutlah dan sabar dengan pelajarnya. Sabda Rasullah  yang bermaksud “Sesungguhnya aku ini bagimu adalah seumpama seorang ayah”.Oleh itu , seorang pelajar telah menganggap  guru sebagai ibu dan bapa mereka jadi tidak seharusnya seoranga guru melemparkan kata-kata kesat seperti “booodo  sunngguh” , “tak guna” dan lain-lain lagi yang akan membuatkan  pelajarnya terkesan , tertekan serta mampu membuatkan pelajarnya yang berdendam. Gurulah sebagai contoh yang terbaik untuk pelajarnya maka adab tatatusila serta patah perkataan dari mulut seorang guru perlulah lembut ,ini memastikan supaya perkataan kesat tadi tidak menjadi satu doa serta ikutan para pelajar. Fiman Allah Taa’la (Al-baqarah : 44) yang bermaksud “adakah kamu menyuruh orang lain dengan berbuat baik dan kamu lupakan dirimu sendiri”.

                   Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melarang menburuk-burukkan dan mencela orang yang melakukan dosa tapi telah bertaubat. Berkata Al-Fudhail: "Seorang mukmin menutupi aib dan menasihati, sedangkan seorang yang keji membukanya dan menburuk-burukkan." Yang disebutkan oleh Al-Fudhail adalah salah satu tanda-tanda menasihati adalah diiringi dengan menutupi aib/kesalahan orang yang dinasihati. Sedangkan mencela atau menburuk-burukkan diiringi dengan menceritakannya di depan orang lain. Seorang guru tidak sepatutnya mendiskriminasikan pelajar beliau antara yang pandai dengan pelajar kurang pandai, semuanya seharusnya diletakkan sama taraf dari semua segi aspek. Hal ini, membuatkan pelajar rasa tersisih dan memberontak mencari identity sendiri tambahan pula, terungkapnya kata-kata seperti “bodo” dari mulut guru mereka sendiri, sepatutnya dalam etika memberi nasihat hendaknya nasihat tersebut dilakukan dengan penuh keramahan dan lemah lembut disertai keinginan yang kuat untuk menyelamatkan orang yang salah tersebut dari kesalahannya apabila kesalahannya tersebut memang terbukti bukan dengan alternative memaki hamun , mengatakan “bodo” dan “tak guna” kepada  pelajar tersebut serta memperlekeh mereka dihadapan orang lain. Seharusnya guru perlu melahirkan kegembiraan di raut wajah serta bermanis muka dan memahami situasi sebenar pelajar mereka.

                    Sesungguhnya, ilmu dan adab saling melengkapi. Kedua-duanya saling berkait rapat. Tertulisnya artikel ini bukan menyentuh mahupun menguris mana-mana pihak tapi Cuma sekadar renungan yang dapat kita renungi bersama yang bakal menjadi para pendidik di masa hadapan . Kita tidak mahu mengeluarkan pendidik yang tinggi ilmunya , yang tebal  fail sijil2 ijazahnya tetapi adab  bukan hanya berada di tahap ketiga bahkan di tahap kelima, inilah yang hendak kita tekankan. Ingatlah “Ilmu adab merupakan kepunyaan satu sama lain yang tidak dapat dipisahkan. Ilmu tanpa adab umpama api tnpa kayu api. Adab tanpa ilmu umpama roh tanpa jasad”.

No comments:

Post a Comment

Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ