Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan
untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli
ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah
s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain
kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran itu aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai
anak muda, mereka itulah golongan
yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t.
menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah
tersebut.
Sambung pemuda
itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari
ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar
menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli
ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan
dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan
yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah
amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu
menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila
aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka
itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli
ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t.
sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada
pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya
dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
Anak muda,
mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya
mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3
hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak
bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru,
golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat
mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,"
Wahai pemuda,
itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli
ibadah tadi.
Wahai guru,
golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli
ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.
Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik
sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang
kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
No comments:
Post a Comment
Dah tEngOk tu RajiN2 laA cOmmEnt ek...TQ